Realme Mengumumkan Penawaran Bateri AA Dan AAA Pada Harga Bermula RM24

Realme Mengumumkan Penawaran Bateri AA Dan AAA Pada Harga Bermula RM24

Diterbitkan pada Apr 30, 2021 oleh .

Realme Malaysia hari ini telah mengumumkan beberapa produk baharu untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah bateri bersaiz AAA dan AA.

Realme Alkaline Battery ini menjanjikan kualiti bateri yang baik, dan diperkatakan mempunyai kapasiti lebih 25% berbanding beberapa bateri lain di pasaran.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa peralatan masih bergantung kepada penggunaan bateri seperti ini, termasuk untuk alat kawalan jauh, pencukur, berus gigi elektrik dan sebagainya.

Di Malaysia, bateri AA dijual pada harga RM29, sementara bateri AAA pula pada harga RM24 – untuk 10 biji bateri.

Bagi anda, apa pendapat anda berkenaan penawaran terbaru Realme ini?


Paling Popular