Cari @ Amanz

Realme juga hadir dengan koleksi baharu untuk peranti boleh pakai mereka menerusi pengenalan Realme Watch S Master Edition. Ia merupakan edisi khas untuk Realme Watch S yang hadir dengan kemasan luar lebih menarik.

Bagi yang berminat, Realme Watch S Master Edition ditawarkan pada RM429 untuk seutas. Ia juga didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif edisi terhad bagi melengkapkan koleksi. Jualan pertama akan bermula pada 8 Mei depan menerusi sejumalah saluran berbeza seperti Shopee dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, Realme Watch S Master Edition masih berkongsi spesifikasi dalaman yang sama seperti versi standard. Cuma bezanya, kemasan luaran Realme Watch S Master Edition menampilkan sentuhan lebih menarik untuk menjadikannya koleksi yang harus dimilliki. Difahamkan, Realme berkerjasama dengan pereka grafik dari Korea Selatan iaitu Grafflex untuk kemasan pada koleksi istimewa ini.

Dari segi binaan, Realme Watch S Master Edition diperbuat dengan bahan daripada aloi aluminium. Skrinnya bersaiz 1.3-inci dengan resolusi 360 X 360 piksel. Ia juga disertakan dengan 100 pilihan muka jam – yang akan ditawarkan secara berperingkat.

Dari segi fungsi, ia mempunyai sejumlah sensor terbina untuk pemantaian kesihatan termasuk – pemantauan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, pengesanan tidur dan sebagainya. Terdapat juga sehingga 16 mod sukan berbeza yang disertakan dan bateri pula mampu bertahan selama 15 hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd