Carian
Realme Motion Activated Night Light Juga Diperkenalkan – Harga Serendah RM39
April 30, 2021 Amy Maizuraa

Realme Motion Activated Night Light turut dilancarkan dalam acara pelancaran hari ini. Ia merupakan lampu yang akan menyala secara automatik apabila mengesan pergerakan dengan bantuan sensor inframerah. Difahamkan, ia mampu mengesan pergerakan sehingga 6 meter.

Selain itu, lampu ini mempunyai dua tetapan kecerahan. Selain, turut dilengkapi fungsi nyahaktif automatik yang akan memadamkan lampu selepas 15 minit tiada pergerakan dikesan. Dari segi rekaan, ia mempunyai reka bentuk bulat seakan donut dan didatangkan dengan 3 magnet untuk dilekatkan pada permukaan keluli.

Bateri AAA digunakan sebagai sumber kuasa dengan jangka hayat bateri sehingga setahun dalam mod pencahayaan rendah. Bagi yang berminat, Realme Motion Activated Night Light ditawarkan pada harga RM99 untuk seunit. Anda bagaimanapun masih boleh mendapatkannya dengan harga promosi serendah RM39 pada 5 Mei 2021 yang ditawarkan secara eksklusif di Shopee. Promosi ini bagaimanapun terhad untuk jualan pertama sahaja!

Komen