Realme Cobble Bluetooth Speaker Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM99

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada acara pelancaran hari ini, Realme Cobble Bluetooth Speaker turut diperkenalkan buat pengguna di Malaysia. Ditawarkan pada harga RM99, ia merupakan sebuah pembesar suara bluetooth mudah alih daripada Realme. Buat masa ini, Realme masih belum mengumumkan tarikh ketersediaannya secara khusus. Namun, ia pastinya akan dimumkan tidak lama lagi.

Realme Cobble Bluetooth Speaker dilengkapi dengan dua pembesar suara dan menyokong sistem audio stereo. Ia juga boleh ditambat kepada peranti menggunakan Bluetooth 5.0. Dengan bateri sebesar 1,500mah, ia juga mampu memainkan muzik sehingga sembilan jam secara berterusan.

Seterusnya, pengecasan semula pula boleh dibuat menerusi port USB-C yang disertakan bersama-sama dengannya. Bagi memastikan audio berkualiti tinggi, sistem audio ACC dan SBS turut disokong. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai mempunyai kemampuan kalis air IPX5 bersama-sama dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami