Cari @ Amanz

Selepas mengukir nama dalam dunia fotografi, Leica mula berjinak-jinak dalam dunia fotografi menerusi kolaborasi bersama Huawei. Dengan nama mereka kini semakin dikenali, mereka memasuki pula arena peranti audio visual dengan pelancaran JMGO O1 Pro.

JMGO O1 Pro ialah projektor pintar lontaran pendek yang dibangunkan dengan kerjasama JMGO, sebuah syarikat dari China. Projektor mampu melontar imej sebesar 150-inci dari jarak 18.4-inci sahaja atau imej 80-inci dari jarak 6.5-inci dengan resolusi mencecah 4K. Selain imej yang beresolusi tinggi, ia turut hadir dengan sokongan audio Dolby Audio yang ditala oleh Dynaudio. Sistem operasi Luna OS digunakan tetapi terdapat juga pembantu maya Alexa bagi mereka yang memerlukan.

Pada waktu ini JMGO O1 Pro dilancarkan untuk pasaran China terlebih dahulu dengan versi pasaran antarabangsa akan hanya ditawarkan menerusi laman biayasama Indiegogo. Spesifikasi penuh dan harga jualan masih belum diumumkan pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd