Twitter Mencatatkan 199 Juta Pengguna Aktif Setiap Hari Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkhidmatan atas-talian rata-ratanya memperlihatkan peningkatan penggunaan pada tahun 2020, dan platform media sosial Twitter adalah diantara yang nampaknya cukup popular sekali dikalangan pengguna internet.

Sewaktu pembentangan laporan kewangan tahunan mereka, CEO Twitter, Jack Dorsey mengatakan bahawa Twitter telah mencatatkan jumlah purata pengguna aktif seramai 199 setiap hari pada tahun 2020, iaitu peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dari segi peningkatan pengguna, beliau turut mengatakan bahawa jumlah pengguna Twitter di luar Amerika Syarikat telah meningkat ke 166 juta, berbanding dengan 133 juta pada tahun sebelumnya. Ia dijangka bahawa peningkatan jumlah pengguna ini adalah kerana wabak COVID-19 yang baru membelenggu dunia pada waktu tersebut, dan juga pilihanraya umum Amerika Syarikat yang menjadikan Twitter sebagai platform media sosial yang paling sesuai untuk orang ramai meluahkan pendapat dan berkongsi maklumat dengan cepat.

Pendapatan Twitter turut meningkat ke $1.08 bilion (~RM 4 bilion), 28 peratus lebih tinggi dengan tahun sebelumnya. Twitter juga kini dilihat meningkatkan penawran dari segi ciri, dengan pengumuman ciri Twitter Spaces, memuat-naik gambar berkualiti tinggi dan juga ujian fungsi membayar pencipta kandungan kegemaran mereka secara terus.

Twitter dijangka akan hadir dengan lebih banyak lagi ciri baru pada tahun ini, dan menjangkakan bahawa jumlah pengguna mereka juga akan kian meningkat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami