Nokia Menjangkakan Kekurangan Semikonduktor Berlanjutan Sehingga 2023

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti ramai sedia maklum, pengeluaran semikonduktor pada peringkat global menghadapi kekangan pengeluaran – sekaligus membuatkan permintaan untuknya lebih tinggi daripada pengeluaran.

Perkara ini bukan sahaja memberikan impak terhadap pengeluar automotif yang memerlukan pelbagai cip, tetapi juga untuk pengeluaran peranti mudah-alih.

Bercakap mengenainya, kini CEO Nokia mengatakan persaingan dalam mendapatkan komponen dan semikonduktor ini mungkin berlanjutan sehingga 2023 kelak.

Melalui temuramah, CEO Nokia mengatakan persaingan mendapatkan cip semikonduktor ini akan berlanjutan sekitar setahun atau dua lagi – dan tidak akan hilang dalam masa terdekat ini.

Pada masa kini, pelbagai syarikat sedang melihat dalam mengurangkan impak kepada operasi syarikat disebabkan oleh pengurangan cip ini. Sebelum ini, Apple dan Samsung sedia mengurangkan sasaran jualan peranti mereka untuk suku tahunan akan datang disebabkan kekurangan bekalan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami