Kamera Utama Oppo Reno5 Pro 5G Menerima Skor DxOMark Sebanyak 100 Mata

Diterbitkan pada Mei 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sarat dengan peningkatan untuk sokongan kamera dan video, Oppo Reno5 Pro 5 dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu bagi menepati citarasa pengguna. Di Malaysia, ia telah dijual pada harga RM2599 untuk variasi 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

DxOMark kini telah mengemaskini laporan mereka dengan berkongsi kutipan mata untuk kamera utama Oppo Reno5 Pro. Ia memperlihatkan peranti pintar ini mencatatkan sebanyak 100 mata untuk jumlah keseluruhan – setanding dengan Samsung Galaxy S9+ dan LG V60 ThinQ 5G di dalam carta Dxomark. Melaluinya, Oppo Reno5 Pro menerima 107 markah untuk kemampuan fotografi, 37 markah untuk kebolehan zum dan 91 markah pula untuk kemampuan video.

Pujian diberikan kepada pendedahan terhadap cahaya dan julat dinamik yang baik untuk kebanyakan situasi. Seterusnya, penghasilan gambar bokeh yang kemas dan semula jadi. Bukan itu sahaja, Oppo Reno5 Pro juga mempunyai sokongan autofokus yang baik untuk foto dan video.

Kritikan pula diberikan kepada penghasilan warna yang kurang tepat untuk foto dan video. Kemudian, ia juga mempunyai julat dinamik yang terhad untuk foto ultra-lebar bersama keperincian kurang memuaskan dalam kebanyakan situasi gambar. Penstabilan video juga dikatakan gagal berfungsi dengan baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami