Honor Play 5 Mungkin Dilengkapi Cip MediaTek Dimensity 800U

Diterbitkan pada Mei 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Play 5 bakal menjadi penawaran peranti pintar baharu di bawah siri Honor Play. Mengikut spekulasi awal, Honor dijangka memperkenalkan peranti pintar ini sekitar bulan Mei depan. Selepas rekaannya tertiris, kini timbul pula desas-desus mengatakan Honor Play 5 dipercayai menggunakan cip MediaTek Dimensity 800U.

Selain itu, ia juga mungkin menampilkan paparan sejenis OLED dengan resolusi FHD+ dan menyokong pengimbas cap jari pada skrin. Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 64-Megapixel untuk sensor utama. Seterusnya, diikuti pula dengan tiga lagi sensor lain seperti 8-Megapixel (ultra-lebar), 2-Megapixel (makro) dan 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman.

Melengkapinya juga, bateri 3,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Peranti pintar ini juga dikhabarkan mempunyai binaan yang nipis dengan ketebalan sekitar 7.46mm dan berat pula sekitar 179gram. Dalam pada itu, Honor juga dijangka hadir dengan penawaran versi pro bersama-sama denganya kelak.

Honor 50 Dijangka Diperkenalkan Mei Depan

Seperti biasa, maklumat dikongsi ini masih diperingkat ura-ura. Belum dapat dipastikan sama ada Honor benar-benar akan menyertakannya pada produk akhir kelak. Selain daripada Honor Play5, jenama ini juga dalam perancangan untuk Honor 50 juga pada bulan yang sama.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami