Sistem Pengesan Gempa Bumi Android Diaktifkan Di Dua Lagi Negara

Sistem Pengesan Gempa Bumi Android Diaktifkan Di Dua Lagi Negara

Diterbitkan pada Mei 1, 2021 oleh .

Ogos tahun lalu Android Earthquake Alerts System telah diperkenalkan kepada pengguna di California Amerika Syarikat. Menerusinya pengguna peranti Android akan menerima amaran apabila berlakunya gempa bumi selepas mengambil kira gegaran pada accelerometer dan maklumat dari Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Google mengesahkan ciri ini akan diaktifkan kepada pengguna di Greece dan New Zealand pula. Selain amaran gempa bumi, maklumat mengenai lokasi ia berlaku dan juga magnitud akan dipaparkan pada skrin peranti Android milik pengguna. Selain itu langah keselamatan yang boleh diambil ketika gempa sedang berlaku juga akan diberikan. Menerusi sistem ini, Google berharap amaran awal dapat diberikan untuk memastikan keselamatan orang ramai.


Paling Popular