Russell Taylors Menarik Semula 61,353 Unit Produk Yang Tidak Menepati Piawaian SIRIM

Russell Taylors Menarik Semula 61,353 Unit Produk Yang Tidak Menepati Piawaian SIRIM

Diterbitkan pada Mei 1, 2021 oleh .

Black Dots Marketing syarikat yang memasarkan jenama Russell Taylors telah mengumumkan penarikan semula 61,353 unit peralatan dapur elektrik di Malaysia selepas ia didapati tidak melepasi piawaian keselamatan SIRIM QAS. Unit terjejas terdiri daripada beberapa model periuk tekanan tinggi, oven roti, oven kek, mesin menghasilkan jus buah, mesin pengisar, dan mesin mengadun tepung

Notis penarikan semula produk telah diterbitkan di akhbar-akhbar utama dan laman Facebook rasmi Russell Taylors Malaysia semalam. Pihak Black Dots Marketing menyarankan pelanggan yang telah membeli produk yang terjejas menghubungi mereka sebelum 31 Oktober 2021 menerusi emel [email protected] atau di nombor telefon 017-6361893 pada kadar segera untuk menyemak sama ada unit yang dimiliki antara yang terjejas. Pelanggan yang memberi produk menerusi Lazada atau Shopee juga boleh menghantar pertanyaan ke emel yang diberikan dan semakan boleh dilakukan menerusi nombor pesanan yang dilakukan.

Kos penarik semula produk akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Black Dots Marketing. Untuk melihat model serta nombor siri produk yang terjejas sila rujuk senarai yang dilampirkan di bawah.


Paling Popular