WhatsApp Kini Memaparkan Gambar Saiz Penuh Tanpa Perlu Membukanya Terlebih Dahulu

Diterbitkan pada Mei 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp sebelum ini sedia memaparkan gambar dalam bentuk yang sedikit dipotong pada tetingkap sembang, dan memerlukan pengguna untuk membuka gambar berkenaan untuk melihatnya secara menyeluruh.

Perkara berkenaan tidak begitu disukai ramai, dan kini WhatsApp telah mengatasinya.

Terbaru, kemaskini WhatsApp terkini memaparkan paparan gambar atau video secara menyeluruh tanpa “memotongnya” atau mengecilkannya. Ini membolehkan pengguna melihat secara menyeluruh sesuatu gambar yang dikongsikan tanpa perlu membukanya terlebih dahulu.

Langkah ini akan memudahkan lagi sesuatu perbualan untuk diteruskan dengan lebiih pantas – selain mengelak anda tertipu dengan beberapa gambar yang sebelum ini tidak memaparkan kisah yang sepenuhnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami