Carian
PDRM Gunakan Dron Dalam Memantau Pematuhan SOP Di Bazar Ramadan
May 2, 2021 Aman

Polis Diraja Malaysia kini menggunakan dron dalam usaha memantau pematuhan SOP di bazar Ramadan dan Aidilfitri sekitar Lembah Klang.

Dengan penggunaan dron, ia memudahkan lagi proses pemantauan di bazar Ramadan, memandangkan ia agak sukar untuk memantau SOP di keseluruhan sesuatu bazar.

Penggunaan dron dari udara akan memudahkan pemantauan pematuhan, serta memberikan gambaran jelas sama ada penjarakkan fizikal dipatuhi atau sebaliknya.

Sekiranya terdapat pengunjung bazar yang tidak mematuhi SOP atau penjarakkan fizikal, maka dron berkenaan akan digunakan dalam menegur orang ramai melalui pembesar suara terbina.

Komen