IDC : Apple Mendominasi Pasaran Tablet Pada Suku Pertama 2021

IDC : Apple Mendominasi Pasaran Tablet Pada Suku Pertama 2021

Diterbitkan pada Mei 2, 2021 oleh .

IDC kini telah mengeluarkan laporan terbaru berkaitan jualan dan pegangan pasaran untuk tablet di peringkat global. Melalui data yang dikeluarkan, Apple terus mendominasi pasaran tablet, dan mempunyai pegangan pasaran sekitar 31.7% pada suku tahun pertama 2021 lepas.

Seperti ramai sedia maklum, disebabkan keperluan pembelajaran dan bekerja dari rumah, permintaan untuk tablet telah meningkat dikalangan pengguna.

Mengikut dibelakang Apple adalah Samsung dengan pegangan sebanyak 20% pasaran, dan pada tempat ketiga adalah Lenovo dengan pegangan sebanyak 9.4%.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan berterusan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia, selain implementasi bekerja dan belajar dari rumah untuk tahun ini, kita mungkin melihat permintaan tablet terus meningkat dalam bulan-bulan akan datang.


Paling Popular