Carian
Gambar Set Dami Untuk Huawei P50 Hadir Ke Arena Web – Memperlihatkan Rekaan Kamera Belakang Unik
May 3, 2021 Aman

Huawei sedia lewat beberapa bulan dalam memperkenalkan telefon terbaru dibawah siri-P. Lanjutan ketirisan beberapa gambar sebelum ini, kini hadir ke arena web adalah gambar set dami untuk telefon pintar berkenaan.

Huawei dikatakan mungkin memperkenalkan telefon Huawei P50 ini sekitar Jun 2021 ini.

Melalui gambar set dami ini, ia memperlihatkan rekaan skrin hadapan berlubang dibahagian tengah untuk memposisikan kamera hadapan, selain rekaan kamera belakang yang agak unik dan berbeza.

Gambar dami ini juga memperlihatkan telefon ini akan dijana dengan sistem operasi yang dibangunkan oleh pihak Huawei sendiri, iaitu HarmonyOS.

Buat masa ini, info penuh berkaitan Huawei P50 masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan dalam minggu-minggu akan datang untuk melihat apakah kejutan yang dibawakan melalui Huawei P50 ini.

Komen