Samsung Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi variasi Samsung Galaxy S20 FE versi 4G LTE, iaitu dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 – berbeza dengan apa yang ditawarkan sebelum ini menggunakan cip Exynos 990.
Dengan penawaran model baru ini, kini terdapat tiga variasi Galaxy S20 FE di Malaysia. Ia adalah termasuk Galaxy S20 FE LTE berasaskan Exynos 990, Galaxy S20 FE LTE berasaskan Snapdragon 865, dan juga Galaxy S20 5G berasaskan Snapdragon 865.
Selain daripada rangkaian, penawaran lain yang disediakan adalah lebih kurang sama untuk semua model.
Galaxy S20 FE hadir dengan skrin 6.5-inci Super AMOLED, dilengkapi skrin pada kadar segar semula 120Hz, kamera utama 12-megapixel dibelakang, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menggunakan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 25W.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar variasi terbaru Samsung ini di pasaran hari ini.
- Beli : Samsung Galaxy S20 FE LTE