Carian
MySejahtera Mula Menunjukkan Masa Temujanji Untuk Menerima Vaksin AstraZeneca
May 3, 2021 Effi Saharudin

Semalam ratusan ribu penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mencuba nasib untuk melakukan pesanan bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca menerusi laman vaksincovid.gov.my. Sekiranya mereka berjaya menempah slot di empat PPV sekitar Lembah Klang, maklumat mengenai tarikh, lokasi dan waktu suntikan akan diberikan akan dikemaskini di aplikasi MySejahtera dalam masa 48 jam.

Nampaknya notifikasi sudah mula diterima mereka yang berjaya pagi ini menerusi tak vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. Pengguna hanya perlu menekan tab tersebut sebelum pergi melihat status yang selama ini hanya menunjukkan tarikh pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pemberian vaksin AstraZeneca akan dimulakan pada 5 Mei ini secara sukarela selepas terdapat golongan minoriti yang menolak penggunaannya kerana risiko darah beku. Ini tidak dibantu oleh laporan beberapa negara Eropah menghentikan penggunaan vaksin tersebut walaupun risikonya hanya 0.0004% yang adalah amat rendah.

Komen