Seperti yang dijanjikan, Vivo Y20sG kini telah mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Antara titik jualan utama yang cuba diketengahkan oleh Vivo menerusi peranti pintar ini termasuklah penggunaan cip MediaTek Helio G80, gabungan memori yang memadai dan bateri berkapasiti besar 5,000mAh.

Bagi yang berminat, Vivo Y20sG dijual pada harga RM749 untuk seunit. Bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkannya pada harga promosi lebih rendah iaitu RM699 untuk masa terhad. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih seperti Obsidian Black dan Purist Blue. Anda juga mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti Lazada, Shopee dan kedai atas talian rasmi Vivo bermula hari ini.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y20sG dilengkapi paparan bersaiz 6.51-inci, dijana cip MediaTek Helio G80, memori 8GB RA, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Turut melengkapi peranti adalah tetapan tri-kamera dengan sensor utama 13MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, berat sekitar 192.3 gram dan sebagainya.
- Info
- Beli :Vivo Y20sG Di Lazada
- Info
- Beli : Vivo Y20sG Di Shopee