Asus Zenfone 8 Akan Dilengkapi Kemampuan Kalis Air IP68 Dan Bicu Audio 3.5mm

Diterbitkan pada Mei 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari demi hari semakin banyak maklumat berkaitan spesifikasi utama pada Asus Zenfone 8 dikongsi oleh pihak Asus. Pada awalnya, jenama ini memberi bayangan bahawa mereka akan melengkapkan model kali ini dengan sokongan panel hadapan berlubang. Lebih menariknya, paparan ini turut dipercayai menyokong kadar segar semula tinggi mencecah 120Hz.

Dalam beberapa hantaran terkini, Asus mengesahkan pula bahawa mereka akan mengembalikan semula sokongan bicu audio pada model Asus Zenfone 8 setelah tidak menyertakannya pada generasi yang sebelum ini. Tetapi masih belum jelas sama ada kesemua model di bawah siri ini akan dilengkapi ciri berkenaan atau sebaliknya. Sejak kebelakangan ini, kita juga banyak menyaksikan para pengeluar yang mula mengembalikan semula sokongan ciri ini pada peranti masing-masing.

Selain daripada itu, Asus turut mengesahkan bahawa Asus ZenFone kelak akan disertakan dengan kemampuan kalis air serta debu IP68. Ini sekaligus menambah lagi ciri perlindungan pada peranti pintar ini. Kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan diketahui dalam masa terdekat ini, tambahan pula acara pelancaran untuk peranti pintar ini semakin hampir.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami