Ketika acara khas yang diadakan pada 21 April lepas, Apple telah memperkenalkan pilihan warna baru untuk dua model di bawah siri iPhone 12 mereka. Melaluinya, mereka telah memperkenalkan iPhone 12 dan iPhone 12 Mini dalam kemasan bewarna ungu.

Bagi anda yang berminat, pilihan warna baharu ini telah mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Ia boleh dibeli melalui Apple Store Online dengan pilihan harga yang sama seperti sebelum ini iaitu bermula RM3,399 untuk iPhone 12 Mini. Sementara itu, iPhone 12 pula bermula RM3,899. Bersama-sama dengannya, setiap pembelian hanya akan didatangkan dengan telefon pintar dan kabel USB-C ke Lightning sahaja.