Cari @ Amanz

Ming-Chi Kuo, salah seorang penganalisa popular berkaitan produk-produk Apple, kini menyasarkan Apple memperkenalkan iPhone dengan skrin boleh-lupat pada 2023 kelak.

Apple dijangka memperkenalkan iPhone dengan skrin 8-inci QHD+ menggunakan panel OLED fleksibel. Mengikut jangkaan penganalisa berkenaan, iPhone dijangka mengeluarkan sekitar 20 juta telefon boleh-lipat pada 2023 kelak.

Apa pun, Kuo turut menekankan yang mana tiada sebarang pembangunan rasmi yang telah dimulakan untuk pengeluaran iPhone boleh-lipat ini.

Buat masa ini, hanya Samsung dan Huawei yang memasarkan telefon boleh-lipat mereka di Malaysia. Untuk tahun ini, terdapat sejumlah pengeluar dijangka hadir dengan telefon boleh-lipat tersendiri, termasuk antaranya adalah Xiaomi, dan juga Vivo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd