Samsung Galaxy M12 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Harga Serendah RM599

Samsung Galaxy M12 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Harga Serendah RM599

Diterbitkan pada Mei 3, 2021 oleh .

Aidilfitri 2021 bakal kunjung tiba, mungkin tiba juga masanya untuk anda mencari telefon pintar baharu. Selari dengannya, Samsung dilihat dalam perancangan untuk hadir dengan penawaran peranti baharu lagi di bawah siri Galaxy M buat pengguna di Malaysia.

Dikenali sebagai Samsung Galaxy M12, ia disahkan bakal tiba di pasaran tempatan sekitar minggu ini – iaitu 5 Mei 2021. Memetik poster promosi di Shopee, peranti pintar ini akan ditawarkan pada harga RM799. Ia bagaimanapun, boleh dibeli dengan harga lebih rendah RM599 untuk masa terhad.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy M12 akan dilengkapi paparan berukuran 6.5-inci TFT dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia juga akan dilengkapi cip Exynos 850, memori 4GB RAM, storan dalam 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Bersama-sama dengannya, ia turut menampilkan sistem kuad-kamera dengan sensor utama 48-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Kemudian, kamera swafotonya pula sebesar 8MP. Spesifikasi lain termasuk – kemampuan kalis air dan debu IP68, bluetooth 5.0 dan sebagainya.


Paling Popular