Carian
Clubhouse Memulakan Ujian Beta Tertutup Untuk Peranti Android
May 3, 2021 Nazrin

Clubhouse ialah aplikasi perbualan yang meningkat popularitinya pada awal tahun ini kerana ia membenarkan sejumlah besar pengguna untuk mendengar perbualan secara langsung, dan berinteraksi dengan orang ramai melalui audio.

Masalah terbesar bagi Clubhouse buat masa ini ialah untuk meningkatkan jumlah pengguna mereka, kerana buat masa ini, aplikasi tersebut hanya ditawarkan melalui peranti iPhone secara jemputan. Menurut pembangun disebalik Clubhouse, aplikasi Android akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Terkini, nota kemaskini terbaru untuk Clubhouse telah mengesahkan bahawa mereka telah memulakan ujian beta tertutup untuk aplikasi versi Android, dan ia ditawarkan kepada sejumlah kecil pengguna. Para penguji ini boleh membuka ruang borak mereka sendiri dan berinteraksi dengan para pengguna lain seperti biasa.

PIhak pembangun mengatakan bahawa jumlah penguji aplikasi Android sangatlah sedikit buat masa ini, tetapi ia akan dikembangkan ke pengguna-pengguna lain tidak lama lagi.

Komen