Tempahan Mendapatkan Vaksin AstraZeneca Akan Dikembangkan Ke Seluruh Malaysia

Tempahan Mendapatkan Vaksin AstraZeneca Akan Dikembangkan Ke Seluruh Malaysia

Diterbitkan pada Mei 3, 2021 oleh .

Tempahan bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah dibuka pada Ahad lalu dan mendapat sambutan sehingga kesemua slot untuk 268,000 dos habis diambil. Tetapi tindakan kerajaan hanya menawarkannya kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mendapat kritikan orang ramai yang masih menanti giliran mereka.

Covid Vaksin

Hari ini Khairy Jamaluddin mengumumkan program menerima vaksin AstraZeneca secara sukarela akan dikembangkan ke seluruh Malaysia. Ini adalah kerana Malaysia akan menerima 1.1 juta dos vaksin ini pada bulan ini dengan 2.2 juta dos lagi akan diterima sehingga September menerusi inisiatif Covax yang dianggotai Malaysia.

Mengambil kiri maklum balas orang ramai, Khairy turut berkata tempahan untuk menerima AstraZeneca akan turut boleh dilakukan secara luar tarian menerusi klinik komuniti bagi memastikan mereka yang tiada capaian internet tidak akan keciciran.

Vaksin AstraZeneca ditolak sebilangan kecil rakyat Malaysia kerana kegusaran berlakunya masalah darah beku terutamanya pada penerima yang berusia bawah 30 tahun. Sungguhpun begitu sambutan dari rakyat Malaysia menunjukkan terdapat juga yang sanggup menerimanya kerana ia risiko yang lebih rendah berbanding dijangkiti Covid-19.


Paling Popular