Cari @ Amanz

Apple telah memberikan tampalan sekuriti secara mengejut hari ini dalam bentuk iOS 14.5.1, iPadOS 14.5.1 watchOS 7.4.1, dan macOS Big Sur 11.3.1 bagi menampal kerentanan sekuriti WebKit yang boleh membuka peranti kepada serangan penggodam.

Kerentanan yang ditemui ini membolehkan menyebabkan sekuriti peranti pengguna terjejas ketika melayari web. Bagi pengguna pelbagai peranti Apple, mereka menyarankan tampalan sekuriti dilakukan pada kadar segara bagi memastikan data peribadi mereka sentiasa selamat. Saiz muat turun ialah 133.1 MB pada iOS, 57MB pada watchOS dan 2.4GB pada macOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd