Huawei FreeBuds 4i Dengan Pilihan Warna Honey Red Kini Di Malaysia – Berharga RM379

Diterbitkan pada Mei 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei FreeBuds 4i telah dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Mac yang lalu. Terkini, ia dilihat menerima kemasan warna baharu iaitu Honey Red bagi melengkapkan lagi koleksi fon telinga ini. Ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM379, ia sudah boleh didapati melalaui Huawei Online Store bermula hari ini. Lebih menariknya, setiap pembelian Huawei FreeBuds 4i Honey Red akan didatangkan dengan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM99. Sebagai pilihan lain, fon telinga juga hadir dengan dua lagi pilihan warna lain seperti Ceramic White dan Carbon Black.

Dari segi rekaan, Huawei FreeBuds 4i hadir dengan rekaan FreeBuds Pro yang mana masih lagi diinspirasikan daripada AirPods Pro. Seterusnya, ia juga dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm, selain disertakan dua mikrofon untuk sokongan panggilan lebih baik. Selain itu, ia juga menyokong pembatalan hingar aktif, ketahanan bateri maksimum 10 jam, Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami