Samsung Menamatkan Sokongan Kemaskini Untuk Peranti Galaxy S8

Samsung Menamatkan Sokongan Kemaskini Untuk Peranti Galaxy S8

Diterbitkan pada Mei 4, 2021 oleh .

Samsung sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan sokongan kemaskini sekuriti dan sistem operasi untuk peranti-peranti mercu mereka bermula dengan Samsung Galaxy S10 dan keatas selama tiga tahun. Ini adalah langkah yang cukup baik untuk memastikan mereka yang tidak berminat untuk menaiktarafkan peranti mereka setiap tahun masih mendapat sokongan daripada syarikat untuk perisian yang selamat dan cekap.

Sayangnya, Samsung baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan kemaskini sekuriti dan sistem operasi untuk salah satu peranti mercu lama mereka, iaitu Samsung Galaxy S8. Sebelum ini, Samsung Galaxy S8 telah menerima kemaskini sekuriti setiap 6 bulan yang mana ia memastikan bahawa peranti tersebut sekurang-kurangnya tidak mengalami isu kerentanan.

Melalui laman web Samsung, ia dapat dilihat bahawa Samsung Galaxy S8 tidak lagi diperlihatkan, dan sokongan untuk peranti mercu bermula daripada siri peranti Samsung Galaxy S10 dan keatas. Kemaskini terakhir yang diterima oleh Samsung Galaxy S8 ialah kemaskini April Security Update 2021.

Walaupun begitu, ia juga dapat dilihat bahawa dua daripada peranti dalam siri tersebut, iaitu Samsung Galaxy S8 Active dan Samsung Galaxy S8 Lite masih lagi akan menerima kemaskini setiap suku dan setengah tahun.

Jika anda masih lagi sedang menggunakan peranti Samsung Galaxy S8, adakah anda akan mendapatkan peranti baru tidak lama lagi?


Paling Popular