Samsung Dijangka Membekalkan Komponen Untuk Menyokong Paparan 120Hz Pada iPhone 13

Samsung Dijangka Membekalkan Komponen Untuk Menyokong Paparan 120Hz Pada iPhone 13

Diterbitkan pada Mei 4, 2021 oleh .

Mengikut laporan terbaru dari Korea Selatan, ia kini diperkatakan Samsung akan menjadi salah satu pembekal komponen untuk iPhone 13 akan datang.

Melalui komponen papan litar yang akan ditawarkan oleh Samsung, ia dijangka akan mengaktifkan ciri kadar segar semula 120Hz pada iPhone – sekaligus membolehkan iPhone turut bersaing dengan penawaran kadar segar semula tinggi seumpama pengeluar Android yang lain.

Untuk peringkat permulaan, Apple dijangka menawarkan kadar segar semula 120Hz untuk model iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max sahaja, sementara dua model lagi tidak akan menawarkannya.


Paling Popular