Instagram dimiliki oleh Facebook, begitu juga dengan WhatsApp. Kalau bukan menyalin/meniru ciri/fungsi aplikasi media sosial pesaing, bukan Facebooklah namanya. Bermula dengan Stories yang sedia terkenal pada Snpachat, kemudian baru-baru ini ciri bual suara seakan Clubbhouse dan yang paling jelas meniru pesaing adalah pada Instagram iaitu Reels – ciri dan fungsi mirip TikTok.
Terkini, Instagram memperkenalkan “pelekat” kapsyen untuk pengguna menerbit video yang bisu – tetapi audio akan berubah menjadi kapsyen atau sarikata. Ia adalah seakan Live Caption yang diperkenalkan Google. Pelekat ini kelak akan boleh digunakan bersama dengan Reels. Ciri seperti ini biasanya terhad dengan bahasa Inggeris sahaja, kerana sistem hanya boleh mengecam bahasa Inggeris dan mengubah menjadi teks.
Sebelum ini, ciri seakan TikTok Duet turut disalin iaitu Remix. Kemudian kemaskini menarik lain adalah “pelekat” muzik, yang mana selepas sekian lama diperkenalkan untuk pengguna luar, ia tiba di Malaysia secara lebih meluas. Apa kata anda dengan ciri baharu ini pula?