Anda Kini Boleh Mendaftar Untuk Dapatkan Kredit Subsidi RM180 Atau RM300 Melalui Maxis Dan Hotlink

Anda Kini Boleh Mendaftar Untuk Dapatkan Kredit Subsidi RM180 Atau RM300 Melalui Maxis Dan Hotlink

Diterbitkan pada Mei 5, 2021 oleh .

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan penawaran subsidi berjumlah RM2 bilion kepada 8 juta rakyat Malaysia, dalam mendapatkan subsidi sekitar RM180 seorang untuk yang tidak mempunyai anak, atau RM300 untuk mereka yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun.

Bermula hari ini, 5 Mei, para pengguna sudah boleh menyemak kelayakkan sama ada anda menerimanya atau tidak. Secara umumnya, sekiranya anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda boleh mula mendaftar untuk menerima kredit subsidi ini melalui syarikat telekomunikasi anda.

Tarikh terakhir untuk penndaftaran Program Jaringan Prihatin ini adalah pada 31 Julai 2021 kelak. Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej telefon pintar mana-mana syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.

Untuk Maxis, mereka telah memecahkan penawaran ini dalam bentuk kredit sebanyak RM15 selama 12 bulan – atau subsidi RM180 untuk pembelian telefon pintar melalui mereka bagi yang bujang atau berkahwin tanpa anak.

Sekiranya anda telah berkahwin atau bujang dengan anak dibawah umur 18 tahun, anda akan diberikan subsidi RM15 selama 12 bulan, atau subsidi RM300 untuk pembelian telefon pintar.

Maxis juga mengatakan semua subsidi turut hadir dengan data Prihatin percuma 2GB untuk digunakan setiap hari.

Untuk pengguna Maxis dan Hotlink, anda boleh ke aplikasi Maxis atau Hotlink anda, klik pada butang Beli, dan pada banner Jaringan Prihatin, tap pada pautan Semak Kelayakkan. Sekiranya anda layak, anda boleh melakukan permohonan terus melalui aplikasi berkenaan bermula hari ini.

Anda boleh menyemak laman Maxis hari ini untuk mengetahui lanjut berkaitan dengan penawaran Jaringan Prihatin melalui syarikat telekomunikasi ini hari ini.


Paling Popular