Dell Mengemaskini 380 Model Komputer Untuk Menampal Kerentanan Serius

Diterbitkan pada Mei 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dell minggu mengeluarkan tampalan sekuriti kepada 380 komputer keluaran mereka selepas kerentanan serius ditemukan pada driver yang digunakan untuk mengemaskini perisian mereka. Kerentanan ditemukan oleh SentinelLabs membabitkan komputer Dell dan Aliemware yang dikeluarkan sejak 2009 lagi.

Kerentanan ini boleh mengakibatkan penggodam mengambil alih sistem komputer Windows di tahap kernel. Walaupun kerentanan ini wujud, Dell dan SentinelLabs tidak menemui sebarang bukti ia pernah dieksploitasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggodam peranti keluaran Dell. Untuk melihat senarai model-model yang terjejas sila ke pautan di bawah. Ia melibatkan komputer di bawah siri XPS, Vostro, Latitude Alienware, Inspiron dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami