Cari @ Amanz

Bermula tahun lalu, kita diperkenalkan dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam sistem pendidikan Malaysia. Kerajaan melihat inisiatif ini sebagai kaedah terbaik buat masa ini memandangkan kita semua perlu menjaga penjarakan sosial dan perlu bekerja dari rumah. Namun pada awal pelaksanaan sistem pembelajaran ini, kita dapat lihat bahawa guru-guru dan pelajar yang terlibat kurang bersedia dari segi kemudahan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, kerajaan menawarkan kredit subsidi kepada golongan B40 yang bernilai RM300 untuk mereka yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun dan RM180 untuk individu yang tidak mempunyai anak untuk membolehkan orang ramai menikmati pelan internet yang lebih stabil.

Dibawah inisiatif Jaringan PRIHATIN daripada kerajaan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih memuaskan, YES sebagai salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia telah memperkenalkan pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu. Ia merupakan hasil kerjasama YES dengan YTL Foundation dan juga FrogAsia. Dibawah pelan ini, mereka menawarkan telefon pintar, pelan data, dan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran atau deposit. Melalui penawaran percuma ini, ia membolehkan para pelajar untuk kekal berhubung dengan tenaga pengajar secara digital dengan lebih efektif dan seterusnya memastikan pembelajaran mereka tidak tercicir. Kini, masalah tidak cukup peranti atau rangkaian internet yang tidak memuaskan bukan lagi alasan untuk pelajar tidak menyertai kelas atas talian.

Apa yang membezakan pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu adalah dari segi saiz data percuma yang diberikan setiap bulan sahaja, dimana untuk keluarga anda akan menerima 30GB data percuma, manakala untuk individu anda akan menerima 15GB data secara percuma. Selain daripada itu, penawarannya adalah sama, iaitu telefon Altitude YES, baucar Shopee bernilai RM50 dan akses kandungan pendidikan melalui aplikasi FrogAsia Mobile App selama satu tahun. Kandungan pendidikan ini terdiri daripada 4 subjek teras yang berpandukan kurikulum kebangsaan dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang merangkumi sehingga lebih daripada 1200 pelajaran.

Semenjak pelancaran program Learn From Home ini dilancarkan pada tahun 2020 yang lalu, mereka telah berjaya mengagihkan lebih daripada 18 juta GB data percuma, 450,000 kad SIM percuma dan lebih kurang 100,000 telefon percuma kepada golongan B40 yang memerlukan. Melalui pelaksanaan program ini kepada para pelajar, ia sudah tentu memberi peluang kepada mereka untuk terus kekal berhubung dengan lebih stabil dalam sesi pembelajaran atas talian mereka. Ibu bapa tidak lagi perlu risau tentang pembelajaran anak-anak disebabkan peranti pintar yang tidak cukup. Hal ini adalah kerana melalui program YES PRIHATIN, anda boleh mendapatkan telefon pintar, data dan kandungan pendidikan secara percuma.

Berdasarkan gambar rajah di atas, kita dapat lihat bahawa YES mempunyai penawaran yang lebih menarik kerana tiada bayaran pendahuluan dan bayaran bulanan perlu dibuat sekiranya anda melanggan pelan YES PRIHATIN ini. Malah, jika dibandingkan dengan penawaran daripada syarikat telekomunikasi yang lain, anda boleh menikmati kelajuan data sehingga 30GB bersama panggilan tanpa had, telefon pintar percuma dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak. Ini menjadikan pelan YES PRIHATIN ini sangat berbaloi untuk dilanggan.

Jadi, memandangkan sesi PdPR akan kembali berlangsung tidak lama lagi, tentunya dengan melanggan pelan ini secara percuma dapat membantu para pelajar kekal berhubung secara digital dengan lebih baik. Ibu-bapa juga tidak perlu runsing memikirkan tentang peranti pintar yang tidak cukup untuk anak-anak belajar kerana YES akan memberikan telefon pintar secara percuma selama setahun. Anda hanya perlu membuat permohonan melalui laman rasmi YES atau hubungi 018 3333 303 dan pihak YES akan menghantar telefon pintar dan kad SIM YES PRIHATIN kepada anda yang berjaya memohon secara percuma.

Penafian: Advertorial daripada YES

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd