Google Meniriskan Sendiri Pixel Buds A Sebelum Pelancaran Rasmi

Diterbitkan pada Mei 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Secara lazimnya pengeluar akan merahsiakan kewujudan produk yang belum dilancarkan. Pelbagai imej acah akan dikongsi ke media sosial untuk melihat minat orang ramai kepada produk. Tetapi semalam Google secara tidak sengaja telah mengumumkan kewujudan Pixel Buds A sebelum dilancarkan di Google I/O.

Dari segi rekaan ia menyerupai fon telinga Pixel Buds sebelum ini tetapi dalam warna kelabu dan putih bukan hitam dan putih. Google dipercayai akan menawarkan warna lain juga selepas dilancarkan. Buds A mungkin adalah fon telinga nirwayar yang lebih mampu milik tanpa sokongan tatalan untuk menukar tahap audio dan Fast Pair untuk memudahkan ia ditambat kepada peranti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami