JKJAV Dan Grab Bekerjasama Untuk Memudahkan Anda Ke Lokasi PPV Untuk Suntikan Vaksin AstraZeneca

Diterbitkan pada Mei 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum, program suntikan sukarela AstraZeneca bermula hari ini, dan untuk mengurangkan kesesakan kenderaan di lokasi-lokasi Pusat Pengagihan Vaksin (PPV), Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah bekerjasama dengan syarikat seru-pandu Grab untuk memudahkan orang ramai untuk hadir ke lokasi-lokasi ini tanpa memandu sendiri.

Empat lokasi PPV suntikan vaksin AstraZeneca termasuklah Universiti Malaya, Putra World Trade Centre, Shah Alam Ideal Convention Centre dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, atau tidak mahu memandu untuk ke lokasi-lokasi ini, Grab telah menyediakan lokasi drop-off khas di lokasi-lokasi PPV ini bermula hari ini. Anda hanya perlu menggunakan aplikasi Grab seperti biasa, dan lokasi PPV ini akan tertera apabila anda memilih tempat-tempat tersebut.

Jika anda diantara yang akan menerima suntikan vaksinasi AstraZeneca kelak, ini adalah cara yang terbaik untuk anda cepat dan selamat sampai ke pusat vaksinasi anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami