NVIDIA GeForce RTX 3080Ti Dan RTX 3070Ti Akan Diumumkan Pada Penghujung Bulan Ini – Mungkin Akan Dijual Bermula Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Mei 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ura-ura bahawa NVIDIA akan melancarkan lagi model kad grafik berkuasa baru telahpun disahkan. Mereka akan memperlihatkan dua model kad grafik yang serba berkuasa, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3080Ti dan juga RTX 3070Ti, yang menurut beberapa laporan, akan diperkenalkan pada penghujung bulan ini.

Kedua-dua kad grafik ini sepatutnya diperkenalkan pada pertengahan bulan ini, tetapi telah ditunda ke penghujung bulan untuk sebab-sebab yang tidak diketahui. Tetapi setakat ini, beberapa butiran mengenai kedua-dua kad grafik ini juga telahpun diketahui.

Bermula dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080Ti, kad grafik ini menggunakan cip grafik GA102-225 yang hadir dengan 10,240 teras CUDA dan akan hadir dengan sebanyak 12GB memori GDDR6X. Ini adalah peningkatan sebanyak 1536 teras CUDA dan 2GB memori GDDR6X yang lebih banyak berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080.

Beralih kepada NVIDIA GeForce RTX 3070Ti pula, kad grafik ini dikatakan akan menggunakan GPU GA104-400 yang mempunyai sejumlah 6144 teras CUDA dan 8GB memori GDDR6X. Jumlah teras CUDA pada kad grafik GeForce RTX 3070Ti adalah 256 lebih banyak berbanding dengan GeForce RTX 3070, dan walaupun kedua-dua kad grafik ini mempunyai jumlah memori yang sama, GeForce RTX 3070Ti menggunakan memori GDDR6X yang lebih pantas, yang sepatutnya menjanjikan prestasi gaming yang lebih baik.

Seperti yang dikatakan, NVIDIA dijangka akan memperkenalkan kad-kad grafik ini di sebuah acara pada penghujung bulan ini, dan terdapat kemungkinan ia akan dijual pada awal bulan hadapan, bergantung kepada bilakah embargo ulasan kad-kad grafik tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami