U Mobile Juga Hadir Dengan Penawaran Pakej Rebat Program Jaringan Prihatin

Diterbitkan pada Mei 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom, Digi dan Maxis telah memperkenalkan pakej rebat mereka sendiri melalui Program Jaringan Prihatin yang diumumkan hari ini. Sama seperti syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain, U Mobile dilihat bakal memperkenalkan program rebat mereka sendiri untuk para pelanggan U Mobile.

Sama seperti syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain, U Mobile akan menawarkan dua pilihan rebat untuk pelanggan pra- dan pasca-bayar mereka. Ini termasuklah rebat pembayaran RM15 setiap bulan untuk 12 bulan, ataupun diskaun pembelian peranti sebanyak RM300.

Selain daripada itu, U Mobile turut menawarkan data 2GB percuma untuk sejam setiap hari yang perlu ditebus melalui aplikasi MyUMobile.

Program rebat ini adalah untuk mereka yang layak menerima bantuan dibawah pelan Bantuan Prihatin Rakyat, dan selain daripada itu, untuk menerima rebat bulanan ini, pengguna perlu mendaftar di laman web Program Prihatin U Mobile terlebih dahulu sebelum 31 Julai 2021 ini.

Dalam pada itu, untuk menebus rebat ini, anda perlu menggunakan pelan pra-bayar yang bernilai sekurang-kurangnya RM30, ataupun pelan pasca-bayar yang bernilai sekurang-kurangnya RM50.

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai pelan rebat Program Jaringan Prihatin U Mobile ini, anda boleh melayari laman web U Mobile.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami