Unifi Mobile Turut Memulakan Pendaftaran Subsidi RM180 – Untuk Pelan Unifi Mobile 39 Dan Bebas Sahaja

Unifi Mobile Turut Memulakan Pendaftaran Subsidi RM180 – Untuk Pelan Unifi Mobile 39 Dan Bebas Sahaja

Diterbitkan pada Mei 5, 2021 oleh .

Bersama-sama penawaran sejumlah syarikat telekomunikasi, Unifi Mobile turut telah mula menawarkan pendaftaran untuk program Jaringan Prihatin yang menawarkan subsidi sebanyak RM180 seorang yang berkelayakkan menerima Bantuan Prihatin Rakyat.

Walaubagaimanapun, untuk Unifi mobile, ia boleh dikatakan tawaran tidak begitu menyeluruh dan dihadkan, serta pengguna tidak begitu diberikan pilihan.

Unifi Mobile menawarkan subsidi RM15 sebulan selama 12 bulan untuk pelan Unifi Mobile 39. Ini membuatkan pengguna perlu membayar RM24 sebulan, dan pihak Unifi turut memberikan subsidi sebanyak 30GB data LTE sebulan selama 12 bulan.

Untuk pengguna prabayar pula, pihak Unifi Mobile tidak memberikan potongan dari segi harga, sebaliknya menggantikan ia dan memberikan data percuma 2GB sebulan – serta penambahan 1GB data LTE percuma setiap hari selama 12 bulan.

TIada sebarang subsidi dari segi kredit diberikan untuk pengguna pelan #Bebas, dan subsidi juga tidak boleh digunakan untuk pelan tanpa had Unifi Mobile.

Apa pun, bagi anda yang ingin memohon subsidi untuk Unifi Mobile, boleh melakukannya melalui aplikasi myUnifi hari ini.

Layari : Unifi Jaringan Prihatin


Paling Popular