Yoodo Tawar Sehingga 80GB Sebulan Untuk RM20 Dibawah Pakej Jaringan Prihatin

Yoodo Tawar Sehingga 80GB Sebulan Untuk RM20 Dibawah Pakej Jaringan Prihatin

Diterbitkan pada Mei 5, 2021 oleh .

Dengan pelbagai syarikat telekomunikasi hadir dengan penawaran masing-masing, kini Yoodo turut telah mula menawarkan pakej mereka tersendiri dibawah subsidi Jaringan Prihatin.

Untuk Yoodo, mereka menawarkan kemudahan untuk membeli data sebanyak 20GB pada harga RM20 – berbanding harga biasa RM35. Potongan ini adalah disebabkan oleh subsidi kerajaan sebanyak RM180, membuatkan pengguna boleh menerima potongan RM15 sebulan selama 12 bulan.

Melengkapkannya juga, Yoodo memberikan data sebanyak 2GB setiap hari setiap bulan, membuatkan anda menerima keseluruhan sebanyak 60GB secara percuma sebulan.

Bagi anda yang menggunakan Yoodo, anda boleh membuat permohonan Jaringan Prihatin ini melalui aplikasi Yoodo App, dan seterusnya, selepas disahkan, anda boleh mendapatkan data sebanyak 20GB pada harga RM20, dan tambahan 2GB setiap hari.

Baca: Yoodo Jaringan Prihatin


Paling Popular