Cari @ Amanz

Imbas kembali, kerajaan menerusi pembentangan belanjawan Malaysia 2021 telah mengumumkan penawaran subsidi di bawah Program Jaringan Prihatin. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi.

Bantuan kredit telekomunikasi sehingga RM300 setahun telah ditawarkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang telah disahkan sebagai pemohon utama BPR berdasarkan rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri. Melaluinya, Program Jaringan Prihatin rebat 180 dibuka kepada individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak bawah umur 18 tahun. Sementara itu, Program Jaringan Prihatin rebat 300 pula dibuka kepada individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun.

Semakan kelayakan sudah boleh dibuat bermula hari ini. Mana-mana individu yang layak, anda sudah boleh mula membuat pendaftaran menerusi syarikat telekomunikasi masing-masing sehingga 31 Julai kelak. Kredit ini akan diberikan melalui pembelian pelan data atau pakej telefon pintar syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut. Bagaimana untuk mendaftar & melanggan?


Maxis

Terdapat dua jenis kategori subsidi yang telah ditawarkan. Pertama, mana-mana individu bujang atau berkahwin tanpa anak – akan diberikan bentuk kredit sebanyak RM15 selama setahun atau subsidi RM180 untuk telefon pintar. Kedua, mana-mana individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun pula akan menerima subsidi RM15 selama setahun atau subsidi RM300 untuk pakej telefon pintar.

Setiap pelanggan yang layak hanya boleh memillih satu subsidi sahaja. Untuk subsidi 2 yakni pakej telefon pintar dengan potongan harga menarik hanya layak ditebus dengan pelan Hotlink Postpaid 60 sahaja. Sebagai tambahan, semua penawaran subsidi ini juga akan didatangkan dengan 2GB (1 jam) setiap hari percuma yang perlu ditebus menerusi kod UMB atau aplikasi Hotlink.


A) Pendaftaran & Penebusan Menerusi Aplikasi Hotlink

  • Langkah 1 : Pendaftaran
    • Buka aplikasi Hotlink, kemudian klik “Beli”.
    • Klik pautan “Jaringan Prihatin” & Masukkan nombor kad pengenalan anda.
    • Tunggu pengesahan SMS.
  • Langkah 2 : Penebusan RM15 Kredit Percuma Setiap Bulan & Pembelian Pas Internet
    • Buka aplikasi Hotlink & Klik “Beli”.
    • Klik pautan “Jaringan Prihatin” & klik “Lihat Pas Bulanan”.
    • Pilih pas internet yang telah disubsidikan & tunggu pengesahan SMS.

B) Pendaftaran & Penebusan Menerusi Kod UMB

  • Langkah 1 : Pendaftaran
    • Dail *555# & pilih “PENDAFTARAN Jaringan Prihatin”.
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda & tunggu pengesahan SMS.
  • Langkah 2 : Penebusan RM15 Kredit Percuma Setiap Bulan & Pembelian Pas Internet
    • Dail *100*55#.
    • Pilih pas internet yang telah disubsidikan & tunggu pengesahan SMS.

  • Info
  • Rujukan lebih lanjut layari : Maxis


Digi

Untuk Digi pula, mana-mana individu bujang atau berkahwin tanpa anak boleh menebus rebat RM180. Melaluinya, pelan Digi NEXT 35 boleh dilanggan pada harga RM20/sebulan dengan data 30GB dan panggilan tanpa had 30 hari. Seterusnya, pelan Digi Postpaid 60 pula ditawarkan pada harga RM45 dengan data 25GB dan panggilan tanpa had 30 hari.

Mana-mana individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun pula boleh menebus rebat peranti RM300. Melaluinya, pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle menawarkan data 30GB dengan telefon Samsung Galaxy A02 yang diberikan secara percuma. Seterusnya, pelan Prihatin 40 Prepaid Bundle pula ditawarkan dengan data 10GB dengan pilihan 8 lagi peranti pintar menarik termasuk Galaxy A02 sendiri dengan potongan harga yang menarik. Tidak ketinggalan, Digi turut hadir dengan tawaran internet harian percuma sebanyak 2GB dengan setiap subsidi ini.


Pendaftaran & Penebusan Dengan 4 Langkah Mudah

  • Langkah 1: Semak kelayakan dengan kad pengenalan.
  • Langkah 2 : Aktifkan nombor dengan Digi (untuk pelanggan baru sahaja).
  • Langkah 3 : Daftar utuk Jaringan Prihatin.
  • Langkah 4 : Tebus tawaran Jaringan (sama ada rebat pelan / rebat peranti).

  • Info
  • Rujukan lebih lanjut layari : Digi


Celcom

Untuk pengguna prabayar, Celcom menawarkan rebat sebanyak RM15 selama 12 bulan yang ditawarkan dalam bentuk rebat kredit dengan membeli pas internet bulanan terpilih. Pengguna hanya perlu menebus kredit RM15 melalui aplikasi Celcom Life sekali sahaja dan ia akan dikreditkan secara automatik dalam akaun masing-masing. Seterusnya, pengguna juga boleh melanggan pas bulanan melalui aplikasi Celcom Life.

Untuk pengguna pascabayar pula, Celcom menawarkan dua pilihan. Pertama, penawaran rebat RM300 / RM180 untuk pembelian telefon. Kedua, penawaran rebat RM25 sebulan selama 12 bulan atau rebat RM15 sebulan selama 12 bulan. Kedua-dua penawaran ini adalah mengikut kelayakan. Tidak ketinggalan, Celcom turut menyediakan penawaran internet harian percuma 2GB selama 12 bulan yang boleh ditebus menerusi aplikasi Celcom.


A) Pendaftaran & Penebusan Untuk Pelanggan Prabayar

  • Langkah 1 : Semak kelayakan.
  • Langkah 2 : Jika anda pelanggan baharu, daftar pek prabayar Xpax menerusi Celcom Online Shop.
  • Langkah 3 : Tebus kresdit RM180 menerusi aplikasi Celcom Life.
  • Langkah 4 : Tebus 2GB internet harian, setiap hari selama 1 tahun melalui aplikasi Celcom Life.

B) Pendaftaran & Penebusan Untuk Pelanggan Pascabayar

  • Langkah 1 : Semak kelayakan.
  • Langkah 2 : Tebus menerusi langganan pelan atau peranti.
  • Langkah 3 : Tebus 2GB internet harian, setiap hari selama 1 tahun melalui aplikasi Celcom Life.
  • Langkah 4 : Untuk rebat RM180 / RM300, sila tebus menerusi Celcom Life sekiranya anda pelanggan Celcom sedia. ada

  • Info
  • Rujukan lebih lanjut layari : Celcom


TuneTalk

Penawaran untuk program ini di bawah TuneTalk terbahagi kepada dua. Melaluinya, pelan data boleh dilanggan pada harga serendah RM13 sahaja. Terdapat sehingga tiga pilihan pelan data bulanan yang tersedia – seperti pelan bulanan RM13 dengan kuota 6GB, pelan bulanan RM33 dengan kuota 10GB atau tanpa had dan pelan data tahunan RM20 dengan kuota 120GB.

Sebagai pilihan, TuneTalk juga menawarkan pelan pakej peranti dengan dua pilihan berbeza – iaitu Subsidi PJP RM180 yang terdiri dengan telefon pintar, pelan tahunan 120GB / pelan bulanan 6GB dan panggilan percuma ke semua rangkaian nombor TuneTalk. Sementara itu, Subsidi PJP RM300 pula termasuklah telefon pintar, pelan bulanan 10GB / 20GB dan panggilan percuma ke semua rangkaian nombor TuneTalk.


Pendaftaran & Penebusan Pelan Data

  • Langkah 1 : Muat turun / buka aplikasi TuneTalk.
  • Langkah 2 : Semak kelayakan & teruskan pendaftaran.
  • Langkah 3 : Pilih pelan subsdi & tunggu pengesahan.

Pendaftaran & Penebusan Pelan Pakej Peranti

  • Langkah 1 : Muat turun / buka aplikasi TuneTalk.
  • Langkah 2 : Semak kelayakan & teruskan pendaftaran.
  • Langkah 3 : Pilih pelan pakej peranti & semak emel berdaftar untuk pengesahan selanjutnya.

  • Info
  • Rujukan lebih lanjut layari : TuneTalk


UMobile

Untuk UMobile pula, terdapat dua pilihan rebat yang ditawarkan untuk pelanggan prabayar dan pascabayar yang layak. Pelanggan boleh menebus subsidi RM15/bulan selama 12 bulan untuk pelan pascabayar dengan RM50 keatas atau pelan prabayar dengan langganan RM30 ke atas. Sebagai pilihan lain, pelanggan juga boleh menikmati potongan sehingga RM300 untuk pembelian peranti pilihan. Selain daripada itu, U Mobile turut menawarkan data 2GB percuma untuk sejam setiap hari yang perlu ditebus melalui aplikasi MyUMobile.


A) Pendaftaran & Penebusan Untuk Pelanggan Prabayar

  • Langkah 1 : Masukkan nomboer telefon dan nombor kad pengenalan untuk mendaftar.
  • Langkah 2 : Pilih ‘Subsidi Pelan’ & teruskan untuk pendaftaran.
  • Langkah 3 : Tunggu pengesahan SMS.
  • Langkah 4 : Nikmati subsidi RM15/bulan untuk pembelian pelan bulanan Add-ons bernilai RM30 dan keatas.

B) Pendaftaran & Penebusan Untuk Pelanggan Pascabayar

  • Langkah 1 : Masukkan nomboer telefon dan nombor kad pengenalan untuk mendaftar.
  • Langkah 2 : Pilih ‘Subsidi Pelan’ & teruskan untuk pendaftaran.
  • Langkah 3 : Tunggu pengesahan SMS.
  • Langkah 4 : Nikmati subsidi RM15/bulan untuk pelan pascabayar bernilai RM50 dan keatas.

  • Info
  • Rujukan lebih lanjut layari : UMobile


Unifi Mobile

Berbeza dengan yang lain, tawaran daripada Unifi Mobile tidak didatangkan dengan pilihan yang pelbagai. Melaluinya, Unifi Mobile menawarkan subsidi sehingga RM15/bulan selama setahun untuk pelan Unifi Mobile 39. Oleh itu, pengguna hanya perlu membayar sebanyak RM24/bulanan yang disertakan dengan data sebanyak 5GB, 50 minit masa panggilan dan 25 teks. Sebagai tambahan, pihak Unifi turut menawarkan subsidi sebanyak 30GB data LTE sebulan selama setahun untuk memenuhi gaya hidup digital para pelanggan.

Di samping itu, tiada sebarang subsidi diberikan untuk pelanggan pelan #Bebas dan pelan tanpa had Unifi Mobile. Sebaliknya, ia hanya digantikan dengan data percuma 2GB/sebulan – serta tambahan 1GB data LTE percuma setiap hari selama 12 bulan.


Pendaftaran & Penebusan Untuk Unifi Mobile 39

  • Langkah 1 : Dapatkan Unifi Mobile 39 menerusi kedai dalam talian Unifi atau aplikasi myunifi.
  • Langkah 2 : Aktifkan talian mudah alih & teruskan permohonan subsidi Jaringan Prihatin menerusi aplikasi myunify.
  • Langkah 3 : Setiap transaksi yang berjaya, subsidi RM15/bulan & data tambahan akan ditunjukkan dalam bil yang seterusnya.


Yoodo

Menerusi penawaran Yodoo, pelanggan boleh menikmati pembelian data sebanyak 80GB pada harga serendah RM20 – berbanding penawaran asal RM35. Di samping itu, penawaran data 2GB turut diberikan secara percuma setiap hari bersama-sama dengannya.

Yoodo Prihatin

Pendaftaran & Penebusan Untuk Yodoo

  • Langkah 1 : Buka aplikasi Yoodo & pilih jaringan Prihatin untuk mendaftar.
  • Langkah 2 : Semakan kelayakan akan dilakukan & status kelayakan akan diberitahu serta-merta.
  • Langkah 3 : Dapatkan sehingga 80GB hanya dengan RM20 setiap bulan! *tertakluk pada terma & syarat.

  • Info
  • Rujukan lebih lanjut layari : Yodoo


YES

Tidak seperti kebanyakan penawaran yang sedia ada, YES hadir dengan penawaran data dan telefon percuma tanpa sebarang bayaran, deposit atau kontrak. Melaluinya juga, terdapat dua pelan berbeza yang ditawarkan iaitu YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga (subsidi RM300) yang membolehkan pelanggan menerima telefon pintar, data 30GB, baucar Shopee RM50 dan akses kepada aplikasi pendidikan untuk tempoh 12 bulan secara percuma. Manakala, pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu (subsidi RM180) pula membolehkan pelanggan menerima telefon pintar, data 15GB, baucar Shopee RM50 dan akses kepada aplikasi pendidikan untuk tempoh 12 bulan secara percuma.


Pendaftaran & Penebusan Untuk YES

  • Langkah 1 : Pendaftaran
    • Layari laman kedai dalam talian YES & klik “Mulakan”.
    • Pilih “SIM PERCUMA YES PRIHATIN”.
    • Plih “PELAN YES PRIHATIN” & klik “PILIH PLAN”.
    • Isikan maklumat peribadi & sahkan.
  • Langkah 2 : Penebusan
    • Pada halaman utama pilih “YES PRIHATIN BELAJAR DARI RUMAH”.
    • Pilih “RUJUK KELUARGA B40”.
    • Pilih pelan subsidi & klik seterusnya.
    • Semak semua maklumat & klik hantar.

  • Info
  • Rujukan lebih lanjut layari : YES

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd