A.S Menyokong Pengecualian Bayaran Paten Untuk Menghasilkan Vaksin Covid-19

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas lebih setahun, situasi wabak Covid-19 masih belum menunjukkan perkembangan positif di kebanyakan negara di dunia. Negara maju seperti UK, US dan Kanada dilihat mampu mengekangnya sementara negara dunia ketiga seperti India sedang dibantai gelombang kedua yang meragut ribuan nyawa setiap hari. Malaysia apa kurangnya dengan jumlah jangkitan harian menghampiri 4000 sehari walaupun selepas darurat diumumkan

Sebab ini berlaku adalah kerana selepas vaksin dihasilkan, negara maju mula melakukan lambakan pembelian sehingga negara miskin terkapai-kapai mendapatkan bekalan yang cukup. Kerajaan Amerika Syarikat pagi ini mengatakan ia kini menyokong supaya bayaran paten untuk menghasilkan vaksin dikecualikan untuk negara-negara miskin. Sebelum ini terdapat seruan supaya syarikat farmaseutikal A.S tidak mengenakan bayaran paten tetapi ia ditolak kerana mereka telah melaburkan wang untuk menghasilkan vaksin.

Vaksin Covid

Walaupun A.S telah menyuarakan sokongan, pengecualian masih perlu diundi oleh ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebelum boleh dilaksanakan. Switzerland dan Kesatuan Eropah telah menolaknya sebelum ini.

Bayaran paten harta intelek yang tinggi adalah antara sebab mengapa India kini menjadi negara yang paling teruk diserang wabak Covid-19 walaupun ia mempunyai kilang mencukupi menghasilkan vaksin yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Di Malaysia pula tindakan negara Barat mengumpul bekalan vaksin yang lebih banyak dari diperlukan mengakibatkan fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengalami kelewatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami