Cari @ Amanz

Apabila bercakap mengenai tablet, ia lazimnya digunakan sebagai peranti produktiviti dan menonton kandungan media dimana sahaja. Secara lazimnya, ia adalah sebuah peranti kendiri yang .

Lenovo baru-baru ini telah mengacah kehadiran sebuah tablet Yoga baru melalui laman web Weibo mereka, yang memperlihatkannya digunakan sebagai sebuah paparan kepada konsol permainan Nintendo Switch. Ini bermakna bahawa tablet Yoga tersebut hadir dengan palam input HDMI yang membolehkan tablet ini digunakan sebagai paparan skrin untuk peranti lain, ataupun sebagai paparan sekunder.

Ini cukup menarik kerana tablet dengan palam HDMI output yang boleh disambungkan ke paparan-paparan skrin adalah satu kebiasaan, tetapi tablet Android yang boleh digunakan sebagai paparan sekunder adalah sesuatu yang agak jarang diperlihatkan.

Setakat ini, nama ataupun spesifikasi khusus untuk tablet ini masih tidak diketahui lagi, tetapi oleh kerana ia diacahkan oleh akaun Weibo Lenovo, tablet ini nampaknya akan hadir untuk pasaran China terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd