Canalys kini telah mengeluarkan data jualan telefon pintar untuk suku pertama 2021 yang lepas. Melalui data yang dikeluarkan, Xiaomi menduduki tangga pertama di Malaysia dengan pegangan sebanyak 28%.
Perkembangan Xiaomi ini memperlihatkan peningkatan mendadak berbanding tahun lepas – iaitu peningkatan sekitar 319%.
Menduduki tangga kedua adalah Vivo, dan diikuti oleh Samsung, Oppo dan juga Realme.
Xiaomi sendiri pada tahun ini telah memulakannya dengan pelancaran siri telefon pintar Mi 11, selain turut menawarkan siri Redmi Note 10 dan juga pengenalan beberapa telefon dibawah jenama Poco.
Dengan momentum baharu ini, adakah kita akan dapat melihat Xiaomi merampas kedudukan kedua terbesar di peringkat global mengatasi Apple pada tahun 2021 ini?