Cari @ Amanz

Terdapat 7194 bahasa yang digunakan dalam percakapan di dunia hari ini dan dari bilangan itu 2464 bahasa dikategorikan sebagai bahasa yang terancam. Ini berlaku kerana jumlah komuniti yang semakin mengecil dan penggunaan bahasa yang lebih dominan untuk perbualan seharian. Saya sendiri tidak tahun berbahasa Boyan walaupun mempunyai ibu dari suku kaum ini yang tahu menggunakannya.

Kepupusan bahasa ialah masalah yang boleh diselesaikan jika ada generasi pelapis yang ingin mempelajarinya. Tetapi ini adalah sukar sekiranya bahasa tersebut tidak mempunyai jumlah pengguna yang mengajar. Google Arts and Culture ingin memelihara sebanyak mungkin bahasa-bahasa yang terancam menggunakan Woolaroo.

Woolaroo yang dikuasai Google Cloud Vision API menganalisa objek harian sebelum memberikan perkataan untuknya dalam basaha yang ingin dipelajari oleh pengguna. Pada fasa awal Woolaroo menyokong sepuluh bahasa terancam iaitu Louisiana Creole, Calabrian Greek, Māori, Nawat, Tamazight, Sicilian, Yang Zhuang, Rapa Nui, Yiddish dan Yugambeh bagi mereka yang memahami bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol.

Jika anda ingin menguji sendiri Woolar0o, sila ke pautan ini kerana ia tidak ditawarkan dalam bentuk aplikasi tetapi adalah aplikasi web yang memerlukan peranti yang dilengkapi kamera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd