Facebook Neighborhoods Sedang Diuji Untuk Mewujudkan Komuniti Kejiranan

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook telah digunakan untuk menghubungi sanak saudara, rakan dan jiran tetangga sejak ia ditubuhkan. Pelbagai maklumat penting dapat diuar-uarkan kepada komuniti menerusi platform yang disediakan. Tetapi seperti sedia maklum, ciri yang ditawarkan di Facebook masih belum mencukupi kerana tidak betul-betul menunjukkan aktiviti, tawaran kedai, pengumuman penting secara setempat kerana wujudnya pelbagai komuniti di satu-satu kawasan. Siapa yang mempunyai masa untuk menjadi ahli pelbagai Pages di Facebook.

Facebook Neighboroods ialah satu lagi ciri baharu yang sedang diuji di laman media sosial nombor satu dunia ini. Menerusi Neighborhoods, pengguna hanya perlu menunjukkan lokasi tempat tinggal dan pelbagai maklumat kejiranan akan dipaparkan terus di dalamnya. Facebook akan mengesan kesemua aktiviti dan promosi yang dipromosikan berhampiran pengguna berdasarkan alamat sebelum memaparkannya dalam Neighborhoods.

Pemilik dan pengurus Pages berdekatan perlu memilih untuk memasukkan kandungan mereka ke dalam Neighborhoods begitu juga dengan perniagaan setempat. Neighborhoods dilihat sebagai langkah untuk membolehkan komuniti membantu antara sama lain terutamanya perniagaan berhampiran.

Wabak Covid-19 menunjukkan betapa pentingnya komuniti tradisional dan Neighborhoods ingin mewujudkannya semula secara atas talian. Neighborhoods akan ditawarkan kepada pengguna di Kanada terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pengguna Amerika Syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami