Honor sedia hadir dengan beberapa siri untuk penawaran komputer riba mereka – ini termasuklah siri Honor MagicBook dan Honor MagicBook Pro. Terkini, mereka telah mengesahkan bakal hadir dengan siri Honor MagicBook X pula dan ia akan diperkenalkan secara rasmi 7 Mei 2021.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/05/Siri-Honor-MagicBook-X-Akan-Diperkenalkan-Pada-7-Mei-Ini-003-950x1191.jpg)
Honor MagicBook X dijangka memfokuskan kepada komputer riba produktiviti premium yang hadir dengan prestasi berkuasa. Ia juga dilihat akan menampilkan rekaan yang nipis dan lebih padat berbanding generasi sebelumnya. Turut kelihatan, paparannya juga menggunakan rekaan bezel nipis pada bahagian sisi dan atas. Tetapi, masih mempunyai bezel bahagian bawah yang tebal.
Dari segi pilihan I/O pula, komputer riba ini menampilkan dua port USB Type-A, 1xHDMI Port, 1xUSB Type-C Port dan bicu audio 3.5mm. Menurut Honor, terdapat kejutan yang akan diumumkan bersama-sama pengenalan komputer riba ini dan ia menjanjikan pengalaman penggunaan yang berbeza dengan sebelumnya.