Era kamera DSLR Sony mungkin telah berakhir selepas a99 II, a77 II, dan a68 tidak lagi disenaraikan dengan stok di kedai atas talian mereka. Ini disedari oleh laman Sony Alpha Rumour. Sony tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penarikan diri dari arena ini tetapi mereka telah lama tidak melancarkan kamera DSLR sejak bertahun lamanya.
Sejak akhir-akhir ini mereka menumpukan perhatian kepada kamera nircermin yang pada waktu ini didominasi oleh mereka kerana kemampuan videografi yang menarik. Lensa-lensa A-Mount yang digunakan kamera DSLR Sony masih boleh digunakan pada kamera nircermin dengan E-Mount menggunakan penyesuai yang dikeluarkan oleh Sony sendiri. Era DSLR sudah hampir sampai ke penghujung. Apakah kamera DSLR kegemaran anda sebelum spesisnya pupus selama-lamanya seperti kamera analog