Garmin Approach S12 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM930

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Garmin kini memperluaskan lagi penawaran rangkaian peranti boleh-pakai mereka untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, Garmin Approach S12 telah diperkenalkan dan boleh didapati pada harga RM930 seutas. Ia merupakan jam tangan pintar yang lebih bertetapan kepada mereka yang gemar bermain Golf.

Melaluinya, ia disertakan sejumlah ciri yang dapat membantu mereka beraksi lebih baik dan menyediakan data yang tepat untuk setiap ayunan. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza – seperti Lazada, Shopee, AECO e-store dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, jam ini mempunyai skrin berbentuk bulat sebesar 1.3-inci (176 x 176 piksel) dengan paparan beresolusi tinggi yang boleh dilihat di bawah cahaya matahari tanpa sebarang masalah. Pada masa sama, ia juga didatangkan dengan sokongan tali jam silikon yang boleh ditukar ganti.

Seterusnya, ia juga dimuatkan dengan lebih daripada 42.000 peta padang golf diseluruh dunia yang membantu dalam menyediakan data lebih tepat. Di samping itu, setiap data pengguna akan dikemas kini menerusi aplikasi Garmin Golf. Kapasiti bateri tidak didedahkan secara khusus. Namun, tempoh penggunaannya mampu bertahan sehingga 30 jam dalam mod GPS atau 10 minggu mod biasa. Seterusnya, ia juga menyokong kemampuan kalis air 5 ATM, sokongan memori 125MB, berat sekitar 34.1 gram dan lain-lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami