Oppo K9 5G Dilancarkan Dengan Skrin 90Hz, Cip Snapdragon 768G Dan Pengecas 65W

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan penawaran sebuah lagi peranti pintar baharu untuk pengguna di China menerusia pengenalan Oppo K9 5G. Ia adalah kesinambungan daripada daripada Oppo K7 yang dilancarkan tahun lalu dan dilengkapi sejumlah spesifikasi yang menjadikanya memiliki kelebihan tersendiri.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo K9 5G dilengkapi skrin berukuran 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan sokongan cip Snapdragon 768G, GPU Adreno 620, memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 4300mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro) dan kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel (f/2.4). Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jadi pada skrin, antaramuka ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dan lain-lain. Untuk harga, Oppo K9 5G dijual bermula harga RMB1,999 (~RM1,272) di China.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami