Lei Jun Menyarankan Pengguna Membeli Mi 11 Pro Jika Mi 11 Ultra Terlampau Berat Dan Besar

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Mi 11 Ultra adalah peranti Mi paling premium, mahal dan serba lengkap daripada Xiaomi. Ini kerana ia menyertakan kamera 50MP GN2 bersaiz gergasi, skrin sekunder, bateri 5000mAh, IP68 da banyak lagi. Di Malaysia peranti terlampau popular sehingga habis dijual dan masih tiada tarikh baru bila ia akan dijual kembali.

Di China pula, ramai pengguna bising menyatakan peranti terlampau besar dan berat. Ada juga membuat aduan skrin sekunder terlampau kecil. Sehinggakan Lei Jun iaitu pengerusi Xiaomi mengeluarkan kenyataan;

Anda suka atau tidak skrin sekunder di Mi 11 Ultra?

Skrin ini tidak besar kerana kos rendah dan untuk muatkan pada panel belakang perlu lalui proses rekaan yang sukar.

Lei Jun, Weibo

Dalam ciapan Weibo beliau, beliau turut membalas persoalan pengguna seperti mencadangkan beli Mi 11 Pro sahaja jika fotografi adalah fokus utama. Pengguna yang bising kerana peranti terlampau berat, beliau dengan selamba menjawab – ini kerana kamera pun besar.

Dalam pada itu, MIUI 12.5.4 yang dijanjikan masih tidak hadir lagi dan akan tiba dalam masa terdekat. Ramai inginkan kemaskini ini kerana ia hadir dengan pegoptimasian kamera dariapda DXOMark.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami