Google Photos Akan Hadir Dengan Pelan Sandaran Baharu Khusus Untuk Pixel Dengan Kualiti Dan Resolusi Yang Sedikit Rendah – “Storage Saver”

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dikemaskini 07/05/2021: Pihak 9to5Google telah menerima maklum balas daripada Google. “Storage Saver” adalah antara nama baru yang diuji oleh Google bagi menggantikan “High quality”. Bukan pelan baru dan Google tiada perancangan untuk hadir dengan pelan lain buat masa ini.

Sebagai peringatam, Storage Saver adalah mod penjimatan storan pada Google Camera yang hadir pada Google Pixel 4a 5G dan Pixel 5. Melaluinya, Google hanya ingin mengubah nama agar tidak mengelirukan. Mod ini pada Pixel adalah sama sahaja dengan High quality sebelum ini, cuma ia disimpan dalam peranti.

Pelan lain yang ada buat masa ini hanya terhad di India, iaitu Express backup. Di mana jika “High quality” mampat kepada 16MP – mod Express dimampatkan kepada 3MP untuk pengguna yang tiada kemudahan Internet pantas.


Google pada tahun lepas telah sedia mengumumkan yang mana mereka akan mula hentikan penawaran storan tanpa had secara percuma di Google Photos. Untuk makluman, Google Photos sedia menawarkan storan tanpa had, untuk resolusi “berkualiti tinggi”, dan tidak mengira ia terhadap storan 15GB yang ditawarkan percuma di Google Photos. Namun, bermula 1 Jun 2021 ini, perkara berkenaan berubah, dan semua pengguna akan dihadkan kepada storan percuma 15GB di Google Photos.

Tetapi untuk pengguna Pixel, Google mungkin akan hadir dengan pelan baharu yang sedikit berbeza dengan pelan storan tanpa had, untuk resolusi “berkualiti tinggi”. Pelan ini dikatakan adalah pelan percuma dan tanpa had dan diberi nama Storage Saver. Melalui pelan ini, ia disenaraikan akan membuat sandaran foto dan video pengguna di awanan Google pada kualiti dan resolusi yang sedikit lebih rendah.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas apakah beza dengan pelan percuma dan tanpa had sebelum ini. Storage Saver akan menyertai pelan kualiti asli dan kualiti tinggi. Jika pelan tanpa had sekarang memampatkan fail besar kepada 16MP, adakah pelan baharu ini akan lebih kecil?

Kita mungkin akan lihat butiran lanjut dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami